Tuesday, December 2, 2008

Tips Menangani Anak..

Masa saya dok leka2 membaca paper, saya terbaca 1 artikel yg saya rasa begitu menarik..meh kita kongsi bersama ye..saya petik sikit ajelah ye
.......................................

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul
anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai
tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan
tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara
saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang
ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu
kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan
mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika
suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.



Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah
pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak
dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga
dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan
sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk
mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga
21 tahun jadikan kawan.
Tetapi selalunya usia beginilah ibu
bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih
sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh
kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak
menderhaka.
...................................

saya tertarik dgn ayat yg berbunyi "Kala umur mereka 14 hingga
21 tahun jadikan kawan"...
bukan mudahkan nak lakukan perkara seumpama ini,kan??...
Dr pengalaman saya, mak bapak selalu tunjuk kuasa veto..

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka
bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua,
bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa
mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang
sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau
menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.


.

No comments: