Misi mencari ibu dan ayah kanak2 ini.
Kanak-kanak lelaki berusia sekitar 2 tahun setengah.
Kejadian kehilangan semasa acara sukan tahunan di sekolah sedang berlangsung.
Humm..anak siapalah kan.
Ibu ayah dok 'ralit' perati peserta larian di tengah padang sampai tak sedar anak kecilnya juga 'berlari' entah ke mana.
Pada mulanya, kelibat kanak2 ni muncul di track balapan.
Dia berlari2 anak seolah2 dia juga nak masuk acara.
Beberapa saat tika itu orang ramai jadi terhibur melihat gelagatnya berlari.
Kebetulan ketika itu, tiada acara larian kerana sedang berehat & peserta pula sedang dibariskan masuk ke padang.
Bila acara nak dimulakan, pengurus padang meminta kanak2 tersebut keluar.
Saya perhatikan aje langkah kanak-kanak ini dari awal hingga akhir. Mata saya tak habis2 menyoroti susuk tubuhnya. rasa ingin tahu menebal. Ke mana dia nak pergi?
Nampak sangat dia macam tiada arah tuju.
Dia tercari2 sesuatu..berlari sana sini. Sehinggalah dia menuju ke kawasan yang agak sunyi.
. Risau pula hati ini kalau2 nanti dia akan hilang entah ke mana.
Tanpa berlengah, saya pun mengejarnya. Pada mulanya, dia kelihatan takut.
Dengan sedikit pujukan dia pun mengikut saya. Kanak2 kecil, kan senang je nak dipujuk.
Langsung tiada suara yang keluar apabila saya bertanya di mana ibu dan ayahnya.
Mulutnya bisu.
Saya bawa dia ke khemah urus setia. Pengumuman kehilangan dibuat MC.
Saya dan dia duduk sabar menunggu di tepi khemah.
Akhirnya, seorang ayah muncul. wajahnya cemas. Barangkali mencari anak kecil itu.
Kanak-kanak tersebut terus menerkam si ayah dan keluar soalan " Mana mama..mama..mama!".
lerrr..boleh bercakap rupanya. Tadi ketakutan kot..ish ish...
Alhamdulillah, selamat akhirnya.
Dan saya pun sangat2 lah lega.
No comments:
Post a Comment