Tuesday, June 18, 2013

Peristiwa hari ini : Menumpangkan...

Jam 1.30 petang.
Jalan raya yang kebiasaanya sesak, padat & sibuk pd jam 1.00 sudah pun lengang.
Baru sahaja saya memandu keluar pagar sekolah, kelihatan di suatu selekoh seorang kanak2 lelaki yang sedang teresak2 menangis. Lunyai & kotor bajunya menjadi pengelap airmata.

Kasihan  & simpati jadinya.
Kereta diberhentikan di pinggir jalan.
Saya hampiri dia. Matanya layu memandang tepat ke arah saya.


"Kenapa menangis? ditinggal van ye?
Kanak2 itu mengangguk. Air mata masih deras.

"Kamu tahun berapa?"
"1 G"
"Rumah dimana"
SU2, jawabnya lirih. Humm..boleh tahan juga jarak rumah kanak2 itu dari sekolah ini.
"siapa ada dirumah awak?"
"kakak!" ringkas ayatnya.
Mata saya melingas memerhati sekeliling mana tahu ada yang akan datang mengambil kanak2 itu.
Seminit dua berlalu..keadaan makin lengang.

Akhirnya..
"Jomla, saya hantarkan kamu balik. Awak pasti ye ada orang kat rumah nanti"...
Dia mengangguk laju.

Cepat kanak2 itu mengangkat begnya dan mengikuti langkah saya.

dalam kereta...

" Awak kenal saya?" tanya saya pada kanak2 itu.
Dia menjawab. " Iye, ni cikgu umi"..
" Ok, bagus. Lain kali kalau awak ditinggal van lagi..tolong jangan ikut orang lain yang tak dikenali tau.
Kalau ada abang, kakak, makcik pakcik nak tolong hantar tapi awak tak kenal JANGAN ikut. Awak tak kenal, tak tahu orang baik ke jahat. JANGAN IKUT!!
Melainkan kalau cikgu2 yang kamu kenal. Faham!"
berulang2 kali saya mengingatkan. Dia angguk. Mendengar dengan patuh.

" Lain kali kalau jadi lagi, awak masuk dalam sekolah..pergi ke pejabat dan cakap saya tertinggal van. nanti kerani akan tolong awak telefonkan mak atau ayah awak. faham! jangan duduk di luar sekolah dan menangis. Nanti ada orang jahat, culik budak. Ingat tau pesan saya!!!"


Sampai sahaja di depan pagar rumah, kelibat seorang wanita yang tergesa2 ingin menaiki motor. seorang lelaki dah bersiap sedia di atas motor. Bila wanita itu terlihat anaknya di dalam kereta saya, cepat2 dia  'menerkam' pintu kereta.
kelihatan dia sangat panik dan risau.
tak sempat kanak2 tu nak keluar kereta, wanita itu dulu yang membuka pintu dan memeluk erat kanak2 tersebut. Fikir saya, pasti ini ibunya.
Saya faham perasaan wanita itu. Sangat khuatir. tentu saja bermacam-macam perkara buruk bermain difikiran.

" terima kasih..terima kasih..terima kasih cikgu"...dengan senyuman yang lega.

humm itulah kisah yang berlaku hari ini ya...  true story >' ' <


macam karangan lak kan...
hantam sajalah labu hihihi
pheiewwww berangan nak jadi penulis...hihihi



No comments: