Harini ramai mak pak yang sanggup bercuti demi anak2.
Datang ke sekolah nak tahu perkembangan prestasi akademik mereka.
nak mabil kad kemajuan akademik anak2..
saya pun tak terkecuali, w/pun mengajar di sekolah yg sama dengan anak.
saya sanggup beratur dan menunggu giliran.
Padahal boleh saja saya ikut jalan mudah. Jumpa terus Pn. Rohazani (guru kelas)
bila-bila masa yang saya nak.
Beberapa hari lepas pun, dah bertemu sendri dengan dia. dan berbual panjang perihal tingkah laku anak di dlm kelas.
Oleh kerana matlamat saya nak men'psiko' kan abanglong,
saya tekad jumpa cikgunya secara berdepan.
biar abanglong dengar sendiri apa yang diperkatakan guru berkenaan dirinya.
lepas ni, abanglong dah tak dapat mengelak...tak boleh bagi alasan lagi.
Biar dia rasa cuak sikit!! (HAHAHA gelak jahat!)
Muka bosan dengar lelaki di sebelah saya sembang berdegar2 keburukan guru2...
Nyampah eiii... helloooo u tu lelaki tau..buat gosip sini sana lak, sangat tak sesuweiii..
dan saya disebelah dapat jugalah 'dosa kering' sebab pasang telinga masa depa dok kutuk cikgu-cikgu.. (ups saya terasa tau, saya kan cikgu!!)
brader2 ni cakap siang tak pandang2!!!!
Dan aya dengar ajelah, nak back-up pun tak guna ngan orang camni.
tengok ajelah diri dia sendiri pun.. saya perati juga anak dia dalam kelas. Anaknya satu kelas dengan anak saya. Si anak dok bergayut, melompat sana-sini..hummm no wonder! like father...ups..
Brader 1 : " eiii baca berita semalam..cikgu pelempang budak lelaki tu..eii cikgu sekarang tak boleh pakai..
Brader 2 : ko tengok tu, bebudak...kalau tergolek sana-sini, mana dia (cikgu) ada kisah. tahunya, hujung bulan dapat gaji..gaji dah lah besar... anak kita nak belajar ke tak ke, dia peduli apa!
saya faham sangat ngan perangai cikgu ni...
bla..bla..bla...bla..bla..bla dan bla..
pot pet pot pet
panjang sangat depa sembang
Ikutkan hati nak aje jawab camni....
Ni anak sapa lak ni boleh slide atas simen lak ni!!
Melompat sana-sini..depan mak ayah pun boleh tunjuk perangai tak respek kat cikgu dalam kelas...apatah lagi kalau mak ayah takder!! mak ayah sendiri pun tak menegur anaknya yang dok buat slide atas simen, macam mana lak nak harapkan cikgu nak menjaga anak dia seorang aje.
tu lah manusia ni tahunya cari salah orang aje.
anak baru 3-4 orang kat rumah, yang cikgu 40 orang kene handle satu2 masa..tak ke haru..
dapat anak murid yg baik, oklah..tapi dapat yg macam tuuuu..(mulut juih kat si anak yg melompat2), macam mana.. nak cakap anak tu ikut perangai sapa mcam ni??
Ada pula yang tanya soalan ni ..Ckgu nape anak saya tak lulus subjek ni???
Adoiai..saya tepuk dahi..
kelakar sungguh..
Alahai brader, tepuk dada tanyalah diri sendiri...
jangan disalahkan cikgu..cikgu tu dah buat yang terbaik...
**senyum sumbing **
pernah tak tanya kat diri soalan mcmni, aih..cikgu yg ngajar sama, ajar anak aku & ajar juga budak lain, tapi apsal budak lain tu boleh lulus..anak aku gagal???..mana silapnya!!!
Muhasabah diri..kaji kat mana kurangnya..
bukan salahkan 1 pihak aje!
ada murid datang ke sekolah tanpa perlatan menulis..
"Pensil mana, amad!"
"takder cikgu!"
"kenapa takder pula!":
Kawan ambil...kawan curi..pensel patah..pensel habis kat kedai..
Pinjam pensel dari kawan
kawan tak kasi pinjam, cikgu.
eiiiii....**sabar3x**
ok, awak tulis pakai jari ajelah ye.. *wink wink*
yang selalu terjadi, murid sendiri pula yang akan bagi cadangan " cikgu bagilah/belikan pensel 1!!"
wah, banyak cantik!!
dan saya akan jawab " awak yang nak belajar, awaklah yang kene usaha dapatkan pensel. saya bagi 1 hari ini, esok minta pensel lagi!! balik nanti minta mak/ayah belikan 1 kotak pensel kat kdeai 2 ringgit..1 kotak ada 12 batang..harga 2 ringgit aje.Bukan mahal pun!"
hal pensel setel, datang lak hal lain
buku mana?
buku takder,
buku tak bawa...
buku hilang..
alasan 1,000,000x
saya pernah alamai satu peristiwa..
murid tahun 1. dengan terketar2 dia keluarkan pensel yg panjangnya tak sampai pun setengah jengkal
Mata pensel tu dah patah...bila dia nak asah...dah tak boleh nak diasah coz dah terlalu pendek pun.
Kasihan...macam manalah anak2 nak belajar sedangkan peralatan asas nak belajar pun tak mencukupi.
so,kau fikirlah sendiri ye.
balik dari ambil kad kemajuan, saya bawa abanglong lepak2 restoran mamak.
Alhamdulillah...keputusan peperiksaan.
gulp!! telan air liur ibu..
takpe, akan datang ibu jadikan abanglong pengacara majlis ye. dah suka sangat bercakapppppppppp bercakapppp...so serlahkan bakat bercakap tu utk kebaikan!!! Ada pertandingan bercerita nanti ibu masukkan nama abanglong...rasakan!
dan kata2 akhir saya tadi..
" cikgu, saya tak marah kalau atas dasar kebaikan nak mengajar, cikgu nak pukul/marah anak saya. silakan...saya tak kecil hati.
In shaa Allah, demi kebaikan anak saya, saya serahkan pada cikgu".
gulp!! abglong pula yang telan ayaq liuq
hihihihi
No comments:
Post a Comment