Pada hari Kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis
golongan manusia iaitu:
1) Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata,
"Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah
menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan
kebajikan."Firman Allah kepadanya, "Kekayaanmu tidaklah setanding
dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan
lupa dari mengingati Aku."
2) Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata, "aku
adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan
aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat
kepadaMU."Firman Allah kepadanya, "UtusanKu yang bernama Nabi Yusuf
juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan
ibadatnya terhadapKu."
3) Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata,
"Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami
tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu."Firman Allah kepadanya,
"Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang
utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan
tanggungjawabnya kepadaKu."
4) Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya
ia berkata, "Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud
terhadapMu." Firman Allah kepadanya, "Penyakitmu tidaklah seteruk
seperti apa yang dialami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi Ayob a.s.
tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti dari menyebutkan akan
namaKu."
.
1 comment:
Singgah sat
Post a Comment