Thursday, November 13, 2008

JEJAK KASIH

Alang2 dah sampai di teluk kemang..
mr.erol berhajat sgt nak bertemu lagi dgn makcik sebelah arwah ayahnya yg dah agak lama terputus hubungan..
Mr.erol ingat2 lupa sebetulnya..katanya dlu,mak sedaranya yg dikenali dgn Menah pernah dlu meniaga warung di teluk kemang ini.

saya dok terfikir2.. masihkah mak nah tu berniaga? mana tahukan dah sekian lama, agak2 dia dah tutup kedai keapa..kan??

tapi mr.erol nak jugak terus mencari..dr seorang ke seorang peniaga di situ dia dok bertanya..

akhirnya....
usaha tanpa jemu akhirnya membuahkan hasil
kami bertemu juga dgn warung ini
yes..nampaknya mak nah masih berniaga di sini..


tapi sayangnya, kami tak dpt bertemu maknah di sini..
hanya anakperempuannya yg ada..iaitu Kak Lah..dia peniaga pisang grg & juga roti john di situ


pada mulanya kak Lah ni kelihatan terkejut & tak berapa nak cam muka mr.erol..
tapi bila kami perkenalkan dri, barulah dia tak was2 dah nak terima kehadiran kami

bila dah agak lama berbual2 panjang dgn kak Lah, kami minta dri utk ke rumah Mak Nah..
tentu terkejut bila Maknah tgk mr.erol nantinya...

berbual2 panjang antara sepupu yg tak pernah bertemu..


On the way nak ke rumah mak nah kami bertembung ngan kemalangan ni..rasanya tak berapa serius lah kot...cuma bumper kereta aje yg remuk tu



Agak mudah nak menjejaki rumah mak nah ni sebab mr.erol masih ingat lokasi rumahnya. Menurut mr.erol,dlu masa kecik2 ayahnya rajin membawa dia adik-beradikmenziarahi maknah ni..

mr.erol bertemu & berbual dgn sepupu yg dia sendri tak pernah kenal
abg badrul...dia tinggal hanya bersebelahan dgn mak Nah (ibu sedara mr.erol)


Mak Nah yg sedang berehat terkejut di terjah kami..
dia agak terharu pd mulanya..
sebak pula saya rasa waktu itu

mak nah





hampir 2 jam berbual, kami pun minta dri utk beredar..
pada mulanya mak nah menjemput kami tidur aje di sana.. tapi kami tak bawa persalinan pun..sudahnya kami berjanji akan dtg & tidur di sana bila ada kelapangan di masa lain.

ah, terlaksa jugak hajat mr.erolutk bertemu mal sedaranya ini..

.

No comments: