Thursday, June 20, 2013

Apa yang pentingnya???

Ini kad, sekarang kegunaannya sama penting dengan kad bank..
Tak caya??? hihihi mungkin tidak hari ini, mungkin tidak esok tapi suatu hari nanti, pasti ia sangat berguna.
Ini bagi pendapat peribadi saya lah ye.
Kita tak pinta perkara yang buruk tapi kita tak tahu apa yg akan terjadi di masa akan datang kan, kan..
Jadinya, bak kata pepatah orang lama 'sediakan payung sebelum hujan'.

Inilah persediaan keluarga saya.... buat anak2 dan diri sendiri. dah lama juga menjadi pemegang kad ni.
Alhamdulillah, setakat ni masih belum digunakan untuk kecemasan.Kalau sakit biasa2, saya masih mendatangi klinik/hospital kerajaan yg saya tak pertikaikan kredibiliti mereka dlm merawat pesakit.
Ups, sebelum tu nak maklumkan ye..saya bukan agen insurans...NO!!NO!! (jari telunjuk goyang2). 

Dolu2 memang saya tak pandang kalo ada mana2 agen Takaful yang dok nak himpit2 & citer pasal ni. 
Masa tu,  belum matang dalam hal2 macamni. 
Tak pernah nak ambil peduli pun. Tak pernah rasa nak dengar apa yang agen nak ceritakan. 
Yang lebih eksen tahap berlagak gaban, " SAYA KAKITANGAN KERAJAAN.   BILA SAKIT PENING GI AJE HOSPITAL KERAJAAN. RAWATAN KELAS KEDUA FREE AJE TAU SAYA BOLEH DAPAT!" (phiewww..eksen katakan!)

Duit yang ada, biasanya lagi seronok utk enjoyyyyyyy hingga terlupa suatu masa nanti kita akan berada dalam kesempitan. 

Pernah saya dinasihatkan oleh seorang guru senior,
 " memang lah kita boleh dapatkan rawatan di hospital kerajaan secara FREE. Cuma jangan lupa, bila kita memerlukan rawatan segera spt pembedahan kita tetap kene berada dalam barisan yang panjang. Kene tunggu giliran kita sama dengan orang lain. Silap2 boleh mati dulu baru sampai giliran utk dibedah!"

Terngiang2 kata2nya. saya berfikir panjang selepas itu.
Duduk mencongak baik, buruk & untung ruginya.
Perbincangan dengan suami selaku penasihat dibuat segera.
keputusan tepat perlu diambil.
Imaginasi masa depan diambil kira.
Dan kini saya tidak pernah rasa kerugian dengan 'membelanjakan' wang ke sini.

Bila2 masa sekiranya diperlukan utk pembayaran rawatan, saya jadi berlapang dada. 
tak gusar lagi...unjuk aje kad didepan kaunter.
Inilah dia persediaan saya. tanpa rasa ragu2..
pilih sahaja mana2 panel klinik/hospital swasta di mana sahaja seluruh Malaysia baik  mahupun di luar negara. Berbaloikan...



Banyak kelebihan & manfaat sekiranya kita tak lokek nak melabur utk pelan takaful ni.
(ada pelbagai pelan ye, saya pun idaklah faham sangat. Bila agen terangkan, selalunya saya geleng2 angguk2 aje hihihi).
Kawan2 pun dah sedia maklumkan tawaran2 yang disediakan . so saya takmaula ulang banyak2 sangat.

Apa yang saya mau tau selain dapat perlindungan rawatan, saya juga akan dapat BONUSssss..yahooo!!! 
Dan juga ia umpama suatu simpanan kita di masa akan datang. Bila kita nakkan 'cash' kita boleh buat pengeluaran. hebat kan...


Sangat tak merugikan. 
Kalau nak tahu detail, jangan tanya sama saya. Tanya sama itu agen Takaful PRUBSN ye..









No comments: