Thursday, June 27, 2013

Berkhasiat..

Hari Ahad lalu, saya hampir terkene simptom2 jerebu...
JATUH SAKIT!!!
tekak perit, pedih & sakit, batuk. badan pula  rasa tak bermaya.
Supaya sakit tak melarat, dengan baik hatinya si Suami membancuhkan air teh pegaga ni.
Alahai, kacang sangat kawan2..teh ini dah siap beruncang. Masukkan dalam teko, tambah air panas DAN SIAP!!
rendamkan aje teh itu 2,3 minit bagi patinya keluar.

Untuk dapatkan kesan yang efektif, saya minum secara kerap.
Alhamdulillah, selepas itu rasa perit tekak hilang. Dan saya rasa seolah bertenaga semula.
Syukur sgt tak jadi NAK SAKIT..hihihi.

Rasa air teh pegaga ni tawar macam minum air kosong je.
Confirmlah tawar coz saya tak letak langsung gula.
Kekadang rasa macam teh hijau pun, iye juga tau! 

Minuman ni tak perlu tunggu sampai sakit baru nak minum.
kene amalkan hari2..jadikan macam minuman harian. 

Jom kita selidik apa khasiat teh pegaga ini...

Teh Herba atau kini dikenali sebagai Minuman Herba menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle asiatica). Daun pegaga dikisar dan dimasukkan ke dalam uncang teh. Herba yang mempunyai ciri pahit ini mengandungi antioksidan yang amat baik untuk merawat luka luar dan luka dalam. Umum mengetahui bahawa pegaga mempunyai pelbagai faedah untuk kesihatan seperti melawaskan pembuangan air, membantu melancarkan pengaliran darah dan juga untuk penjagaan kesihatan.

Antara khasiat lain yang terdapat di dalam herba pegaga adalah seperti berikut :
  1. Menjadikan badan terasa lebih ringan.
  2. Membantu mengurangkan masalah sembelit dan angin.
  3. Membantu melancarkan pembuangan air besar.
  4. Membantu mengurangkan sakit kepala.
  5. Membantu meningkatkan sistem ketahanan badan.
  6. Membantu menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
  7. Baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
  8. Baik untuk wanita yang menopouse.
Cara Makan @ Dos diamalkan:
Rendamkan 1 uncang teh ke dalam secawan air panas. Minum dua kali sehari.


Harga pun tidaklah mahal jika dibandingkan dengan khasiatnya. kesihatan yang kita perolehi tiada tolok bandingnya tau...

Dulu2 cara orang tua untuk kekal sihat dengan makan mentah2 aje...dibuat ulam2an, kan. la ni dengan cara yang moden, kita boleh dapatkan khasiatnya maintain mcam dolu2 juga.



No comments: