Thursday, June 6, 2013

Cuti-Cuti: Ke Bukit Tinggi Berjaya @ Colmar Hill

Percutian kami sekeluarga kali ni sebenarnya tidak dirancang. Celik je mata pagi 26/5/2013 hari tu terus tanya en. Ayah, " Jom ke Bukit Tinggi Colmar nak?" En. Ayah setuju apa lagi hooray la.Seperti biasa 2 hero sangat teruja bila nak pergi berjalan2. Tak perlu ibu nak susah2 kejutkan mereka bangun pagi tu, kata aje JOM GI JALAN!! terus keduanya melompat terun katil. Hihihi mudah kan. Perjalanan hanya memakan masa 1jam30 minit sahaja dari Sg. Buloh dengan menaiki kereta. Bayaran masuk ke Bukit Tinggi ni utk dewasa RM12.00 dan kanak2 pula RM8.00 je. Cumanya, awal2 lagi ibu & ayah siapkan bawa bekal tuk 2 hero kesayangan tu. Ibu dah google awal2 lagi, kata pengunjung yang pernah dtg sini harga makanan mahal. So kami siap sedia dengan minuman dan juga roti utk mengalas perut nanti. bila sampai en. ayah terus dapatkan parking. dengan rasa yg dah tak sabar lg nak gi jalan sekitar kawasan yang nampak begitu indah, cantik & nyaman. Cuacanya takder lah sejuk sangat tapi sangat nyaman. Pemandangan ala2 berada di negara Perancis. Tak dapat gi Perancis, dapat gi 'klon'nya di sini pun dah kira best hihihihi... Masa ni pengunjung agak ramai kerana cuti sekolah pertengahan tahun, kan. Biasalah tu, cuti2 gini mana2 tmpat percutian akan penuh. kebetulan, masa ni ada lak badut...apa lagi Abglong & hasif dok 'paw' belon kat badut tu Dah puas pusing2 kat area bangunan ala2 Perancis tu, kami naik trem pula ke lokasi seterusnya iaitu Japanese & Botanical Garden... Sgt2 best... rehat jap..abglong & Hasif yang dah keletihan sebab ke sana ke mari seronok sangat dapat melompat dan berlari Hasif @ Botanical Garden dah kebulur sgt lah tu..merasai makanan jepun. Apa ye namanya Yuki Tomi..ntah ar.. Cuma sayangnya, kami tidak dapat pergi ke Rabbit Park kerana hujan turun dengan lebatnya petang tu...anak2 merengek nak main dengan rabbit. Takder rezekilah... Takpelah, next time kita masuk Rabbit Park tu ye...kata2 memujuk hihihi.. Ada rezeki lain masa, In shaa Allah kan..kan...

No comments: