Saturday, July 6, 2013

Ajari anak berpuasa

Tak lama lagi dah nak berpuasa. Bagi kita yang dewasa ni takder masalah nak tunaikan kewajipan lakukan ibadah wajib ni. Cuma bagi anak2, memang agak sukar bagi mereka. 
Tahun ni, jom kita didik anak2 supaya berpuasa penuh.

 Alhamdulillah, ini tahun keempat abanglong akan berpuasa.
Dia mula belajar berpuasa masa umur 5 tahun. 
Umur 6 tahun, adalah 4-5 hari dia tak dapat berpuasa penuh. memang lembik sungguh masa ni.
Dan bila dah masuk umur 7 tahun, Alhamdulillah..abanglong dapat berpuasa penuh. 

saya nak share antara tips yang saya gunakan untuk melatih anak berpuasa.

1. Terangkan pada anak sebab perlunya berpuasa. 

2. Bangunkan anak bersahur walaupun dia liat nak bangun. Pujuk anak agar makan & minum lebih sikit masa bersahur. selalunya saya akan sediakan air manis

3 . Galakkan anak2 makan kurma masa bersahur untuk tambah tenaga terutama bagi anak2 yang bersekolah.

4. Pujuk anak dengan baik, bukan memaksa supaya anak2 bertahan.

5. Masa untuk berbuka sediakan juadah kegemarannya. Jika dia tak berpuasa, dia tak boleh request makanan kegemaran.

6. Bagi satu penghargaan kepada anak seperti pujian. " Ibu bangga harini abanglong dapat berpuasa"

7. Sentiasa ingatkan anak, berpuasa kerana Allah. 


Jika dahulu, mak dan ayah saya bertegas...
kalau tak puasa di siang hari, Bila berbuka nanti TAK BOLEH duduk makan sama2 dengan orang yang berpuasa. So, kalau ngengada nak ponteng puasa tu, kenelah telan aje air liur tengok orang lain makan masa berbuka tu. Rugii..rugiii kan.






No comments: