Sunday, July 14, 2013

Buka Puasa Day 5

Ups juadah berbuka hari ke-4 lupa nak diambil. Semalam berbuka di rumah mak mertua.

Hari ini, macam2 rasa mau makan. 
Jadinya haruslah kan merajinkan diri di dapur. 
Nak membeli di bazaar memang tak berapa nak lalu sangat. 
selalunya, di bazaar hanya membeli kuih muih sahaja.

Menu maincourse harini..
Nasi putih + sayur campur + ayam goreng tepung + ikan cencaru sambal.

Tekak nak sangat makan bubur lambuk, Jadinya, bila google tu keluar pula resipi bubur lambuk kg. Baru. 
Bubur Lambuk kg. Baru ni memang terkenal kan dengan ksedapannya. Jom try..

Home made Bubur Lambuk Ala kg. Baru. memang sedap!!! 

Iman yang dulu nak merasa bubur lambuk

Bertambah2 iman makan....
Humm..makan kat rumah pun dah ala2 buffet di restoran. Apa cer kan... hihihi ni namanya dah terlebih rajin.


Puding roti pemberian mama (pengasuh) iman. Terima kasih daun keladi..

Home made Popia & karipap

Air kelapa muda utk minuman berbuka

No comments: