Tuesday, July 16, 2013

Oooo baru ku tahu..

Dulu, 
flash back 20 tahun yang lalu..

Mak bila nak masak akan tanya kami adik beradik..
" nak makan apa?"
" nak mak masak apa?"

Bukan sehari dua..tapi hari2 mak akan tanya.
Mak hanya fikir selera anak2...makanan buat anak2..

Mak seorang melayan 6 karenah anak yang berbeza2 seleranya.
Yang sulung nak laksa..mak buatkan.
Yang angah nak nasi dengan lemak labu..mak sanggupkan juga.
Yang tengah (a.k.a saya) nak ikan masak stim..(masa tu x suka makanan berminyak)
mak turutkan saja..
Yang keempat nak sambal belacan, mak tumbukkan.
Yang kelima nak sup sayur..mak rencahkan.
Dan yang bongsu asyik nak ayam sambal...mak tumiskan.
Semua mak buat ikut selera anak.
Apa yang anak nak makan...
masakan yang anak gemari

Bila dah berjauhan dengan mak,
dah biasa makan nasi kawah (dok asrama)
bila sesekali balik kampung halaman,
mak dah minta saya senaraikan apa yang nak dimakan...
eii dan saya kadangkala terasa kasihan..
tekak mak. selera mak macam mana!!

"mak, masak la pula apa yang mak nak. Jangan nak ikut sangat tekak derang ni!"
rungut saya. Sangat sebal. terasa mak macam tak fikirkan selera dia.
Mak tak merungut. Tak bicara sepatah pun.
senyuman aje yang terukir. Sikit pun dia tak kisah tentang selera dia.
'Priority' hanya untuk anak2..

Saya jadi tak faham!!!

Dan kini...
baru saya tahu...
melopong ooooo besar2

Saya ngerti perasaan mak bila saya jadi mak...
Apabila anak2 suka makan apa yg kita masak.
anak berselera melahap sampai licin..
DISITULAH KEPUASANNYA!!
PUAS MELIHAT ORG TERSAYANG MAKAN..PENUH BERSELERA..MINTA DITAMBAH LAGI NASI
DAN BILA ITU TERJADI, HATI AKAN RASA BERBUNGA2.
PUAS!!

mak, terima kasih!
Anak ini yang dulu mengkritik, dah mengerti..


Saya mula sedar apabila jadinya peristiwa ini..


Suami sms saya minta tanyakan si anak (abanglong) nak makan apa bila buka nanti...
Dah dua tiga hari aabnglong berbuka nasi dengan kuah sahaja. 
Ibu pulun la masak sayur dan macam2 lauk...
Sudahnya abanglong taknak...dia lebih berselera nasi + kuah aje.
Ayah yang risau, minta ibu masak apa yang anak nak makan.
Ikut selera abanglong, kata ayah.
Humm baiknya ayah..so sweeetttttt!!

Dan bila ibu tanya abanglong, dia hanya minta..
"Kurma telur ye ibu!"

Dan hari ini, makannya bertambah2..iman pun sama.
Alhamdulillah...suka ibu tengok.
Ayah lagilah suka..kalau boleh dia nak tengok anak2 nya selalu berselera nak makan.

Esok, ibu kene tanya lagi apa menu yang abanglong suka..
mudahkan juga kerja ibu coz tak perlu pusing2 nak fikir apa menu nak dimasak..
kan..kan..

OOOOOooo.. (lagi sekali oo)
Inilah apa yang mak buat dlu..
*mood sebak*

No comments: