Friday, July 12, 2013

Untukmu anak...

Anak segala2nya..
Merekalah harta dunia & akhirat bagi saya & suami. 


Hadirnya mereka, telah banyak mengubah hidup saya. 
Perubahan yang saya kira hampir ke 360 darjah! 
Melalui mereka saya belajar erti kehidupan sebenar, kesabaran, nilai kasih sayang, beralah dan pengorbanan.

Jika dulu, tak pandai & malas masak memasak..demi anak, buku resipi sanggup ku beli (ups katanya nak belajar masak, kan)

Jika dulu, egois tapi kini lebih pandai beralah & mengalah.(yang besar kene beralah dengan yang lebih kecik)

Jika dulu, berbelanja ikut suka hati...sekarang lebih berjimat demi masa depan anak2 kesayangan. 
Perbelanjaan pun dah beralih arah. 

Jika dulu segalanya utk diri sendiri, apabila dah ada anak ni segalanya nak beli untuk anak aje. Untuk diri sendiri boleh di'hold' dlu. 

Jika dulu, tidur 12 jam pun rasa tak cukup2 aje. Sangatlah berat & susah nak bangun pagi. 
Tapi kini, tidur 5 jam pun dah ok. Seawal pagi dah bangun nak sediakan segala keperluan anak-anak.

Banyak lagi perubahan yang terjadi. Nak tulis tujuh kajang kertas pun tak cukup, kan...
Alah korang sendiri pun berubah bila ada anak, tak gitu!


Bila dah ada anak, boleh 'tukar' diri macam kebudak-budakkan. Tukar umur jadi budak 10 tahun.
Main sembunyi2, main 'cak-cak' , lari2 kejar mengejar, lompat2 nari-nari..
Main di taman permainan, duduk bertiga main ais coke cola...pompam..(adeh lupa lak cara nyanyinya)
happy..happy..riang gelak ketawa...guling2..
semuanya saya lakukan bersama anak. demi mereka!!
Bersama mereka masalah semua pergi.
(yerlah kan dah perangai tukar jd kanak2 riang ribena!)
Sangat Best..
Boleh ke main semua ni dengan kawan2 yang sebaya 30-an?? nak dikatakan orang gila, cubalah buat!!! Kawan-kawan punb tak kuasa melayan karenah gini.
Tetapi dengan anak2 bawah umur ni, orang tak panggil kita gila, tapi digelar IBU PENYAYANG..ececece perasan dah auw!


cuma,
sekarang saya suka merajuk ( simptom dah jadi orang tua ke ek, uh NO!!! I'm still young ok).
Kenapa merajuk? 
sebab nanti ada 2 orang hero kecik yang pandai pujuk...
Tau aje bila ibu merajuk, mereka akan sua pada ibu 'duck face' nak minta dicium..
kdang-kadang peluk ibu
kdang-kadang bercerita lucu pada ibu...
kadang kadang buat lawak 'spastik' depan ibu...
(aduhai, ni kalau ada makwe besar nanti confirm aweks2 cepat cair bila merajuk coz anak2 lelaki i kecik2 lagi dah pndai pujuk org perempuan macam ibu)



jom share pula perubahan kawan2 pula selepas ada anak ni di sini http://www.changes.drypersmalaysia.com/?source=drypersweb/... untung2, ada rezeki anak boleh menang RM12,000. Jom mencuba nasib ye.


tuliskanlah kisah  perubahan kawan-kawan.
tentu sahaja ada perubahan yang sangat indah dan menarik yang terjadi. jom kongsikan ye.


terharu tengok video perubahan mak2 yang sanggup berkorban demi anak tersayang.





No comments: