Monday, June 30, 2008

TELATAH AJIK 3

Ahad
Seharian mengemas rumah..habis bahagian atas rumah, pi lak kat bawah..habis menyapu, menvakuum..pastu mengemop lak..adoi ai patah pinggang rasanya..kalau rumah saya kecik, rasanya takla seletih inikan..hhuhuhu..tu belum nak cuci tingkap..syiling yg bersawang..tggu ar sampai rumah jadi cam gua baru nak la nyahkan sawang2 itu..dah tak larat dah rasanya...mr.erol lak haruslah dok jaga si ajik kan..kalau tak sia jik tu akan "tolong" saya bersihkan rumah..

Ni nak ceritakan kisah bila ajik tengok gambar perkahwinan saya..


BABAK 1

"ibu gambar siapa ni.." dia dok belek2 gambar kawin tu..
"inilah ganbar ibu & ayah, masa ni ibu kawin tau"..
"ibu & ayah siapa ni?"
alahai anakku ini mmg banyak bertanya
"ibu & ayah ajik la!"
"Ajik mana ibu..ajik takder dalam ni!"..terus dia nangis teresak!! Apalah dia dok fikirkan masa ni..sedih amat kot dia tak masuk & duduk bergambar sekali..atau mungkin dia rasa dipinggirkan

BABAK 2 ~beberapa bulan selepas..
"ibu! ajik kat mana ni ibu?!"sambil tgn dia pegang frame gambar kawin saya
"ajik sayang..ajik taker lagi masa ni.."
Dia heran dan belek2 lagi..
"oo ajik pi tido ye ibu!"
Pap..saya tepuk dahi sendri..suka atilah..kang lagi dia banyak tanya lak..
"haáh..ajik tdo!"
malas nak layan..

BABAK 3 ~baru je terjadi semalam da
"ibu ni gambar ibu lah"..dia tunjuk gambar kawin..memang dia mudah capai sebab saya ada letakkan atas meja solek..
"ibu ajik mana ye!?
"ajik takder lagi!"
"bukan2..ajik tido kot..eh ajik pegi sekolah!" hahah pandai dia bagi jawapan
"ajik..masa ni ajik lom ada lagi..dalam perut ibu lagi..ajik kuar kat sini tau!"
saya tunjukkan dia perut saya..
"eiii.."dia tunjukkan muka geli..terus jauhkan dri..takut la tu
hahah mmg kelakar la budak ni!!

No comments: