Friday, November 21, 2008

KASIH IBU TAK BOLEH DIGANTI Ep.3



Sesampai kami dirumah, anak saya mula sibuk. Disiapkan susu panas, disediakan makanan berzat khusus utk anak kucing. Isteri yg pada awalnya masam kini pun turut sibuk menyediakan tempat si Comel (nama baru yg kami berikan)
Anak2 yg lain sibuk mengalihkan sangkar kucing lebih ke dlam rumah utk mengelakkan tiupan nagin & bahang panas matahari. Pendek kata, semua ahli keluarga kami sibuk dlm operasi menyelamatkan Si comel. Kucing2 lain hilang keistimewaan. Ugly dipindahkan ke sangkar kelas kedua bersama2 anak2nya.

Keutamaan diberi kepada SI Comel kerana keadaan kesihatannya yg daif & lemah. setelah kesemuanya berusaha, kami yakin si Comel akan berjaya diselamatkan. Nasibnya tentu lebih baik drpd 'saudara' kandungnya yg dipelihara oleh ibunya yg juga daif.

Esok, saya melangkah keluar untuk ke tmpt kerja dgn riang sambil merenung si Comel dlm sangkar. Dia hampir pasti selamat, Insya Allah, begitu bisik hati saya.

Sehari, dua hari, tiga hari....Si comel masih begitu2 juga. Matanya masih tertutup. Badannya masih tidak ada perubahan.

Pukul 2 ptg hari keempat, tiba2 telefon bimbit berbunyi, anak saya memberi salam & terus menangis...Si Comel mati!
saya meneruskan kerja dan apabila saya balik, sangkar istimewa si Comel kembali dihuni oleh Ugly & anak2nya.

"agak2 ayah, saudara si comel mati juga ke?" tanya anak saya setelah seminggu berlalu sejak kematian si comel.
"Di rumah yg begini mewah dgn makanan kucing pun si Comel mati, apalagi saudaranya yg tinggal di pasar...ayah rasa mati juga."
"betul ke ayah?"
saya terusik dgn pertanyaan anak itu. Ingin juga saya pastikan.


Di Pasar......
kesibukkan bekerja di luar kawasan menyebabkan rasa ingin tahu itu terpendam.
lagipun anak saya sudah mula sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan. Dua bulan berlalu. Suatu hari saya pergi ke pasar itu sprt biasa. Anak yg sama mengikut.
saya & anak berjalan2 di tepi gerai sayur.

"Äyah!Ayah!" panggilan anak saya tiba2 mengejutkan.
"kenapa'"
"Tengok tu..."katanya sambil menunjuk ke satu arah.
Kelihatan anak kucing 'saudara' si Comel berlari2 riang bersama ibunya. Badannya telah segar, sihat & gemuk. begitu juga si ibu, kelihatannya ceria & aktif.

"Ayah betullah ini saudara si comel" kata anak saya sambil mendukung anak kucing itu.
Saya diam. rasa malu, menyesal & bersalah.
"Dia tak mati pun ayah?" kata anak saya seakan berbisik. Kata2nya tambah menghiris hati saya. Ternyata keputusan saya memisahkan Si Comel dgn saudara & ibunya adalah salah.

"Nak tahu kenapa ayah bersalah?" akui saya dlm perjalanan pulang dr pasar.
Anak saya diam. Mungkin dia masih mencari2 jawapan.
"Ayah bersalah kerana memutuskan kasih si comel dgn ibunya. Ayah rasa si Comel boleh sihat kembali hanya dengan makanan & perlindungan. Ayah lupa, binatang pun perlukan kasih sayang dr ibunya."

Saya termenung. Itu baru anak kucing..bagaimana anak manusia yg diputuskan kasih dgn ibunya? Pasti derita.

hati saya masih diburu bersalah. memisahkan Si comel dgn ibunya! Angkuhnya diri apabila merasa boleh menggantikan kasih seorang ibu. hakikatnya saya tak layak menjadi pengganti ibu...sekalipun ibu bagi seekor kucing..

kasih ibu tidak boleh ditukar ganti...

TAMAT

.

2 comments:

attyfir said...

tu ler haiwan pun nak kasihsayang seorg ibu..

umieadam said...

ha'ah..