Tuesday, June 11, 2013

Rombongan Ke Kidzania

penat juga ye bawa anak2 murid gi rombongan ni. Padahal tak buat apa2 pun... cuma duduk je memerhati dan memantau keselamatan murid je. kannya apa, penat menunggu masa berlalu..huhuhu kalini, sekolah saya buat rombongan ke Kidzania. 113 orang murid tahun 6 yang terlibat. Pergi dari pagi hingga lewat petang.. Kan main lagi murid2 ni. Mereka sangat2 lah teruja dengan setiap kerjaya yg mereka dok impikan. Kat Kidzania ni umpama simulasi awal bg murid gambaran kerjaya mana yg jadi pilihan kalbu. Misalnya kalo nak jd DJ Radio, mereka boleh 'acting' mcm DJ yg sebenar. Begitu juga kalo nak jd Pilot, boleh merasa cam jd pilot sebanar. Boleh jd doktor merawat/membedah orang..huhuhu serammmm... Boleh jd model catwalk.. Pendek kata, macam2 lah murid ni boleh pilih kerjaya apa yg mereka nak. Yang best, siap boleh dpt 'gaji' kiranya mereka 'bekerja' dengan tekun. Gaji yang mereka dapat tu boleh pula digunakan utk buat aktiviti lain yg lebih santai/beriadah contoh tengok wayang ke, gi kelas buat coklat ke, atau panjat dinding. best bagi kanak2 sebab mereka boleh main2 sambil belajar.. Cuma bosan bagi orang dewasa sebab kat sini takder aktiviti tuk kita boleh dianggap umur lebih had ni hihihi Apa yg kita boleh buat cuma xtvt membaca atau bergosip. Kalau tak memang BOSAN/SANGAP!!

No comments: